Thursday, March 8, 2012

LAWATAN DAN PEMERIKSAAN KESIHATAN

Tarikh   : 8 Mac 2012
Tempat : KTP Padang Serai

Lawatan dan Pemeriksaan Kesihatan oleh kaki tangan Klinik Kesihatan Padang Serai. Pemeriksaan  yang dilakukan seperti pemeriksaan kutu, kuku dan rawatan cacing kepada kanak-kanak.





Saturday, March 3, 2012

PERTANDINGAN KREATIVITI DAN KOLABORASI BERSAMA WARIS


Bertempat di KTP Padang Serai, pada hari ini 03 Mac 2012, aktiviti peringkat kelas yang pertama diadakan sebagai pembuka tirai tahun 2012. Banyak lagi aktiviti-aktiviti  lain yang akan menyusul bagi merealisasikan perancangan takwim sesi persekolahan 2012.  







Pada hari ini juga, Penyelaras NGO Daerah Kulim/Bandar Baharu, Yang Berbahagia Encik Thuraisingam K.S Muthu berbesar hati menyampaikan sumbangan wang sebanyak RM 300.00 kepada Tabika perpaduan Padang Serai . Sumbangan ini akan digunakan  untuk kebaikan anak-anak yang belajar di KTP Padang Serai.  
Jutaan terima kasih di atas sumbangan yang diberikan.



Terima kasih yang tidak terhingga kepada para waris dan AJK JPTP di atas kerjasama dan komitmen yang diberikan  juga kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan aktiviti ini.