Sunday, April 29, 2012

GOTONG-ROYONG BERSAMA WARIS SESI 2012




15.04.2012, aktiviti gotong- royong bersama waris KTP Padang Serai bagi sesi 2012 telah dilaksanakan.


Terima kasih kepada para waris yang telah memberikan kerjasama bagi menjayakan aktiviti ini demi untuk anak-anak tabika KTP Padang Serai.

Tuesday, April 10, 2012

PEMBELAJARAN DI TOY LIBRARY JPNIN KULIM/B.BAHARU

Pada 09.04.2012, KTP Padang Serai telah menjalani pembelajaran di "toy library" bagi sesi pertama. Pembelajaran di " toy library" perlu dijalankan sebanyak 2 sesi setahun bagi setiap kelas tabika perpaduan JPNIN Kulim / Banadar Baharu.


Semua kanak-kanak begitu teruja apabila melangkah masuk ke perpustakaan permainan ini, apatah lagi kanak-kanak yang baru pertama kali dibawa ke perpustakaan ini.


Namun ketika semua kanak-kanak begitu gembira, terdapat seorang kanak-kanak yang kelihatan bersedih.. Apabila diajukan soalan, dia memberitahu " dia tak tahu nak main apa sebab terlalu banyak mainan" ....
alahai ... anak-anak ..

jommm............ jalan - jalan 

" mak .. masak apa tu ? "


Dah siap  masak ... nak makan 


Besarnya rantai ...








Thursday, March 8, 2012

LAWATAN DAN PEMERIKSAAN KESIHATAN

Tarikh   : 8 Mac 2012
Tempat : KTP Padang Serai

Lawatan dan Pemeriksaan Kesihatan oleh kaki tangan Klinik Kesihatan Padang Serai. Pemeriksaan  yang dilakukan seperti pemeriksaan kutu, kuku dan rawatan cacing kepada kanak-kanak.





Saturday, March 3, 2012

PERTANDINGAN KREATIVITI DAN KOLABORASI BERSAMA WARIS


Bertempat di KTP Padang Serai, pada hari ini 03 Mac 2012, aktiviti peringkat kelas yang pertama diadakan sebagai pembuka tirai tahun 2012. Banyak lagi aktiviti-aktiviti  lain yang akan menyusul bagi merealisasikan perancangan takwim sesi persekolahan 2012.  







Pada hari ini juga, Penyelaras NGO Daerah Kulim/Bandar Baharu, Yang Berbahagia Encik Thuraisingam K.S Muthu berbesar hati menyampaikan sumbangan wang sebanyak RM 300.00 kepada Tabika perpaduan Padang Serai . Sumbangan ini akan digunakan  untuk kebaikan anak-anak yang belajar di KTP Padang Serai.  
Jutaan terima kasih di atas sumbangan yang diberikan.



Terima kasih yang tidak terhingga kepada para waris dan AJK JPTP di atas kerjasama dan komitmen yang diberikan  juga kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan aktiviti ini.   



Saturday, July 9, 2011

LAWATAN KE MUZIUM PADI, PUSAT SAINS NEGARA WILAYAH UTARA & MUZIUM NEGERI


MUZIUM PADI
( ARAS 1 - alat persawahan tradisional )


MUZIUM NEGERI - 
 KTP PADANG SERAI & TADIKA KEMAS PADANG SERAI


MUZIUM NEGERI


MUZIUM PADI 
( ARAS TIGA- Panorama penanaman padi dalam bentuk landskap & mural )


INVISIBLE - PUSAT SAINS NEGARA WILAYAH UTARA


Gambar ini di ambil semasa aktiviti lawatan yang diadakan pada 02 JULAI 2011.  Aktiviti ini disertai oleh lebih kurang 60 orang peserta yang terdiri daripada kanak-kanak KTP Padang Serai dan Tadika Kemas Padang Serai bersama AJK tabika. 

Antara tempat yang dilawati adalah Muzium Padi, Pusat Sains Negara Wilayah Utara dan Muzium Negeri.  Pekan Rabu juga merupakan salah satu destinasi yang dituju bagi memenuhi keinginan AJK membeli ole-ole untuk di bawa pulang.  

Thursday, June 30, 2011

MALAM SI KUNANG-KUNANG KTP PADANG SERAI


Aktiviti yang dijalankan semasa program Malam Si Kunang-Kunang....
Senaman pagi...