Wednesday, August 8, 2012

Sunday, April 29, 2012

GOTONG-ROYONG BERSAMA WARIS SESI 2012




15.04.2012, aktiviti gotong- royong bersama waris KTP Padang Serai bagi sesi 2012 telah dilaksanakan.


Terima kasih kepada para waris yang telah memberikan kerjasama bagi menjayakan aktiviti ini demi untuk anak-anak tabika KTP Padang Serai.

Tuesday, April 10, 2012

PEMBELAJARAN DI TOY LIBRARY JPNIN KULIM/B.BAHARU

Pada 09.04.2012, KTP Padang Serai telah menjalani pembelajaran di "toy library" bagi sesi pertama. Pembelajaran di " toy library" perlu dijalankan sebanyak 2 sesi setahun bagi setiap kelas tabika perpaduan JPNIN Kulim / Banadar Baharu.


Semua kanak-kanak begitu teruja apabila melangkah masuk ke perpustakaan permainan ini, apatah lagi kanak-kanak yang baru pertama kali dibawa ke perpustakaan ini.


Namun ketika semua kanak-kanak begitu gembira, terdapat seorang kanak-kanak yang kelihatan bersedih.. Apabila diajukan soalan, dia memberitahu " dia tak tahu nak main apa sebab terlalu banyak mainan" ....
alahai ... anak-anak ..

jommm............ jalan - jalan 

" mak .. masak apa tu ? "


Dah siap  masak ... nak makan 


Besarnya rantai ...








Thursday, March 8, 2012

LAWATAN DAN PEMERIKSAAN KESIHATAN

Tarikh   : 8 Mac 2012
Tempat : KTP Padang Serai

Lawatan dan Pemeriksaan Kesihatan oleh kaki tangan Klinik Kesihatan Padang Serai. Pemeriksaan  yang dilakukan seperti pemeriksaan kutu, kuku dan rawatan cacing kepada kanak-kanak.





Saturday, March 3, 2012

PERTANDINGAN KREATIVITI DAN KOLABORASI BERSAMA WARIS


Bertempat di KTP Padang Serai, pada hari ini 03 Mac 2012, aktiviti peringkat kelas yang pertama diadakan sebagai pembuka tirai tahun 2012. Banyak lagi aktiviti-aktiviti  lain yang akan menyusul bagi merealisasikan perancangan takwim sesi persekolahan 2012.  







Pada hari ini juga, Penyelaras NGO Daerah Kulim/Bandar Baharu, Yang Berbahagia Encik Thuraisingam K.S Muthu berbesar hati menyampaikan sumbangan wang sebanyak RM 300.00 kepada Tabika perpaduan Padang Serai . Sumbangan ini akan digunakan  untuk kebaikan anak-anak yang belajar di KTP Padang Serai.  
Jutaan terima kasih di atas sumbangan yang diberikan.



Terima kasih yang tidak terhingga kepada para waris dan AJK JPTP di atas kerjasama dan komitmen yang diberikan  juga kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan aktiviti ini.